Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus X kini ditawarkan oleh Satu Gadget – RM 1,299

oneplus x satu gadget

OnePlus X yang dilancarkan minggu lalu kini dilihat sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia. Kedai penjual telefon pintar 1Gadget kini menawarkan OnePlus X dengan harga penjualan RM 1,299.

Dari segi spesifikasi OnePlus X hadir dengan skrin paparan AMOLED HD Penuh 5.0-inci, pemproses Snapdragon 801 , 3GB RAM dan 16GB memori (slot microSD disertakan dengan sokongan sehingga 128GB) dan bateri berkapasiti 2,525 mAh.

Selain itu, OnePlus X juga akan hadir dengan sokongan dwi-SIM, kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP dan hadir dengan slot USB biasa dan bukanya USB Type-C seperti pada OnePlus Two

Dari segi perisian pula, OnePlus X hadir dengan sistem operasi Android 5.5.1 yang dengan OxygenOS.

OnePlus X hadir didalam warna hitam dan turut mempunyai jaminan waranti dua tahun daripada 1 Gadget dengan penghantaran bagi pembelian OnePlus X ini akan dilakukan didalam masa 3-5 hari.

Harga penjualan OnePlus X ini adalah sedikit tinggi berbanding harga penjualan rasmi iaitu $249 ( RM1062) bagi versi biasa dan $289 ( RM1233)

Maklumat penuh disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.