Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Galaxy S7 akan hadir dengan kamera 12MP – kamera terbaik pada telefon pintar?

Samsung_Galaxy_S7-camera-1

Pelancaran Samsung Galaxy S7 hanya tinggal beberapa bulan sahaja dan ini adalah jangka waktu dimana khabar angin mengenai model terbaru Samsung mula tersebar.

Salah satu ciri utama sesuatu telefon pintar adalah unit kamera yang dimilikinya dan Samsung yang sentiasa akan melancarkan generasi telefon pintar baru dengan kamera yang mempunyai resolusi Megapiksel yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy S7 dilihat hanya akan hadir dengan kamera 12MP namun ini tidak bermaksud kamera ini adalah kurang kualiti jika dibandingkan dengan kamera yang dimiliki oleh Galaxy S6.

Kamera 12MP ini dijangka akan hadir dengan sensor yang lebih besar dan mengambil pendekatan yang sama seperti telefon pintar Nexus 5X dan Nexus 6P yang menggunakan kamera 12.3MP dengan piksel micron 1.55.

Pendedahan terbaru ini juga berlainan dengan dakwaan yang mengatakan Samsung Galaxy S7 akan hadir dengan kamera ISOCELL 20MP.

Sumber juga berkata bahawa pengilangan unit kamera baru ini akan bermula bila-bila masa sahaja dan akan sempat dilancarkan pada Samsung Galaxy S7 yang dikatakan akan dilancarkan lebih awal iaitu sekitar bulan Januari.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.