Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[eksklusif] Lazada Malaysia membuka tempahan bagi Meizu M2 – RM 549

meizu-m2-malaysia-lazada-harga-pre-order-tempahan

Lazada Malaysia kini telah membuka tempahan untuk telefon pintar Meizu M2 yang akan mula ditawarkan dipasaran Malaysia tidak lama lagi.

Meizu M2 daripada Lazada ini akan mempunyai harga penjualan RM 549 dan hadir dengan jaminan rasmi 1 tahun daripada Meizu Malaysia.

Dengan pembelian Meizu M2 daripada Lazada ini,anda akan menerima perkakas belakang dan gelas perlindungan skrin secara percuma.

meizu-m2-lazada-malaysia

Kesemua tempahan yang dilakukan akan dihantar mulai 11 November ini dan hanya ditawarkan didalam satu warna iaitu kelabu.

Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh Meizu M2 ini, ianya hadir dengan skrin paparan HD 720p berukuran 5.0-inci (296ppi), pemproses MediaTek MT6735 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,500mAh.

Selain itu, Meizu M2 juga memiliki kamera utama 13MP, kamera selfie, 5MP, Android 5.1 Lollipo, sokongan dwi-SIM dan slot microSD.

Untuk membuat tempahan ini anda boleh membuka pautan ini Lazada Malaysia Meizu M2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.