Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Leagoo Alfa 4 kini ditawarkan di Malaysia – RM 199

leagoo-alfa-4-malaysia

Leagoo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar dengan harga penjualan yang sangat murah iaitu hanya RM 199.

Walaupun mempunyai harga penjualan yang rendah, model Alfa 4 yang ditawarkan oleh Leagoo ini masih mempunyai spesifikasi yang baik.

Alfa hadir dengan skrin paparan 4.0-inci yang mempunyai resolusi 400 x 800 dengan kepadatan piksel 233ppi, pemproses Quadcore berkelajuan 1.2GHz, RAM 512 MB, 4GB memor simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 1,600mAh.

Selain itu, Alfa 4 juga hadir dengan kamera utama 3MP manakala kamera selfie model ini adalah 2MP.

Leagoo Alfa 4 juga hadir dengan sokongan dwi-SIM, slot microSD, GPS, WiFi dan dengan sistem operasi Android 4.4.2 KitKat.

Leagoo Alfa 4 kini ditawarkan didalam 4 warna iaitu emas, putih, hitam dan merah dengan harga penjualan RM 199.

leagoo-alfa-4-malaysia-3leagoo-alfa-4-malaysia-1leagoo-alfa-4-malaysia-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.