Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 8 akan dilancarkan 26 November ini

huawei-weibo-mate-8-malaysia

Huawei yang telah disahkan akan melancarkan pemproses terbaru mereka iaitu Kirin 950 pada 5 November ini dan lebih menarik, Huawei telah mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar utama Huawei Mate 8 yang bakal hadir dengan pemproses ini pada 26 November ini.

Huawei telah mendedahkan perkara ini melalui Weibo dimana satu gambar dengan nombor 8 dipaparkan dan walaupun tiada sebarang maklumat mengenai pemproses Kirin 950, ketua pegawai eksekutif Huawei, Chengdong telah mengesahkan bahawa Huawei Mate 8 akan mempunyai pemproses baru ini.

Kirin 950 keluaran Huawei ini dikatakan pemproses yang sangat berkuasa tinggi dan juga didakwa mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding Samsung Exynos 7420 dan Qualcomm Snapdragon 820.

Beralih kepada Huawei Mate 8, telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan 6.0-inci ( skrin 2.5D dengan teknologi ‘Force-Touch’), kamera utama 20MP, Kamera utama 8MP dan mempunyai reka bentuk berasaskan besi sama seperti Huawei Mate S yang kini ditawarkan di Malaysia.

Huawei Mate 8 akan ditawarkan didalam dua versi iaitu versi 3GB RAM dengan 32GB memori simpanan dalaman dan versi 4GB dan 64GB memori simpanan dalaman.

Huawei Mate 8 mungkin mempunyai persamaan dengan Mate S namun ianya hadir dengan skrin paparan yang lebih besar dan pemproses yang lebih baik.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.