Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nexus 6P dikesan di pangakalan data SIRIM

huawei-nexus-6p-singapore-launch

Huawei Nexus 6P dikesan di pangakalan data SIRIM

Berita baik penggemar Nexus, Huawei Nexus 6P yang dilancarkan baru-baru ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM sekaligus memberikan kita petunjuk bahawa kemasukan model ini ke pasaran tempatan akan berlaku didalam masa terdekat.

Nexus 6P yang dikeluarkan oleh Huawei ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan bulan hadapan dengan harga penjualan sekitar RM 2,300- RM 2,500.

google-huawei-nexus-6p

Nexus 6P dijangka akan ditawarkan didalam dua versi iaitu versi 64GB dan versi 128GB.

Nexus 6P merupakan phablet daripada Google yang dilancarkan bersama-sama Nexus 5X dan ini merupakan kali pertama peranti Nexus dikeluarkan oleh Huawei.

Huawei Nexus 6P dijangka akan ditawarkan melalui laman vmall.my apabila ianya memasuki pasaran Malaysia kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.