Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Neo 7 mula dijual di Malaysia minggu hadapan – RM 798

OPPO-Neo7-malaysia-price-harga

Jika anda masih ingat, OPPO secara rasminya telah melancarkan Oppo Neo 7 yang mana seperti telefon pintar lain dibawah siri Neo ini akan mempunyai harga penjualan yang berpatutan.

Dan baru sahaja selepas tiga hari di lancarkan, OPPO Malaysia telah mengesahkan bahawa model ini akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 3 November 2015 dengan harga penjualan hanya RM 798.

Walaupun hadir sebagai telefon pintar harga berpatutan, Oppo Neo 7 hadir dengan reka bentuk yang cantik seakan cermin dan dengan UI Color OS 2.1 yang berasaskan Android Lollipop.

OPPO-Neo7-002

Dari segi spesifikasi, Oppo Neo 7 hadir dengan skrin paparan 5-inci dengan resolusi 540×960, pemproses Snapdragon 410 daripada Qualcomm, 1GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, model ini turut hadir dengan kamera utama 8MP dengan flash LED, kamera selfie 5MP dengan flash skrin dan bateri berkapasiti 2420 mAh. Oppo Neo 7 juga hadir dengan sokongan dwi-SIM dan slot microSD.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.