Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Chrome OS & Android Os akan bergabung pada tahun 2017?

BN-KZ967_CHROME_M_20151029154405-752x490

Chrome OS & Android Os akan bergabung pada tahun 2017?

Menurut laporan daripada The Wall Street Journal, Google dilihat sedang mempertimbangkam untuk menggabungkan Chrome OS dan Android dibawah satu bumbung.

Chrome OS akan menjadi sebahagian daripada Android dan sistem operasi Google ini akan mula disesuaikan untuk digunakan pada komputer peribadi. Menjelang tahun 2017, kedua-dua OS Google ini akan menjadi menjadi satu sistem operasi yang baru dengan akses kepada Play Store.

Perubahan dari segi pentadbiran juga telah menyaksikan Google menunujukkan niat untuk menggabungkan kedua sistem operasi ini sebagai satu platform yang lebih lengkap.

Dari segi produk pula, kita telah menyaksikan Google melancarkan Pixel C yang mana selalunya pada peranti Pixel akan hadir pengalaman pengunaan Chrome OS yang sempurna namun pada Pixel C, Google telah menampilkan pengalaman pengunaan Android Marshmallow yang lengkap dan asli.

Penggabungan ini pasti akan diterima baik oleh pengguna kerana perkongsian data dan maklumat akan menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.