Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony melancarkan Xperia Z5 Dual, Z5 Premium & Compact

sony-xperia-z5-dual-malaysia
Sony Mobile Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan tiga telefon pintar terbaru mereka iaitu Xperia Z5 Compact, Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Premium Dual.

Seperti yang didedahkan secara eksklusif oleh kami, harga penjualan model ini bermula dari RM 2,299 bagi Z5 Compact dan RM 2,699 bagi Z5 Dual. Walaubagaimanapun, harga penjualan bagi Xperia Z5 Premium Dual yang akan ditawarkan sekitar pertengahan November masih belum diumumkan.

sony-xperia-z5-dual-malaysia-4

Beralih kepada spesifikasi yang dimiliki oleh model ini, Xperia Z5 Premium yang merupakan telefon pintar dengan skrin paparan 4K pertama didunia iaitu pada skrin paparan 5.7-inci yang mempunyai kepadatan piksel 809ppi.

Spesifikasi lain yang dimiliki oleh model Z5 Premium ini adalah pemproses Snapdragon 810, 3GB RAM, memori simpanan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 3430 mAh.

sony-xperia-z5-dual-malaysia-7
Selain itu, Xperia Z5 juga mempunyai slot microSD , rangkaian 4G LTE (dwi-SIM), pensijilan kalis air IP65/68 dan mempunyai kenipisan 7.8mm selain pengesan capjari pada butang ‘home’ disisi.

Beralih kepada Xperia Z5 Dual, model ini hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.2-inci (428ppi), pemproses Snapdragon 810, 3GB RAM, memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,900 mAh.

Model ini juga mempunyai slot microSD ( sehingga 200GB), 4G LTE, dwi-SIM, pensijilan kalis air dan habuk IP65/68, kenipisan 7.3mm dan tidak ketingalan pengesan cap jari pada butang sisi.

sony-xperia-z5-dual-malaysia-6

Xperia Z5 Compact pula hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 4.6-inci(323ppi), pemproses Snapdragon 810 daripada Qualcomm, 2GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,700 mAh.

Anda pasti perasan kami belum menulis sebarang maklumat mengenai kamera yang dimiliki oleh kesemua model didalam siri Xperia Z5 ini.

Ketiga-tiga model ini hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera Sony Exmor RS 23MP yang turut dilengkapi dengan teknologi pemfokusan hibrid dengan kelajuan hanya 0.3saat.

Bagi kamera hadapan pula, Ketiga-tiga model ini hadir dengan kamera selfie 5MP yang menggunakan sensor Sony Exmor R.

sony-xperia-z5-dual-malaysia-8

Beralih kepada warna, Xperia Z5 Premium Dual ini akan hadir didalam warna emas, hitam dan krom( paling cantik).

Xperia Z5 Dual pula ditawarkan didalam 4 warna iaitu hitam,emas, hijau dan putih manakala Xperia Z5 Compact pula akan hadir didalam warna kuning, putih, hitam dan coral yang berasaskan plastik.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.