Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei secara rasminya melancarkan Honor 5X – dari RM 671

huawei_honor_5x

Huawei secara rasminya melancarkan Honor 5X – dari RM 671

Huawei secara rasminya telah melancarkan Huawei Honor 5x yang hadir dengan reka bentuk premium dan spesifikasi pertengahan.

Huawei Honor 5X telah dilancarkan di pasaran China dan akan hadir didalam dua versi yang mana kedua-dua versi ini hanya dibezakan dengan kapasiti RAM iaitu 2GB dan 3GB.

Spesifikasi yang dimiliki oleh Huawei Honor 5X adalah skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses 64-bit Snapdragon 615, GPU Adreno 405, memori simpanan dalam 16GB dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,000 mAh ( hadir dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0)

Selain itu, Huawei melakukan sesuatu yang unik pada model ini, walaupun harga penjualan yang bermula dari CNY999 (RM 671) sehingga CNY 1399 (RM 940), Huawei Honor 5X hadir dengan pengesan capjari pantas pada bahagian belakang yang mana ianya mirip Honor 7.

Selain itu, Huawei Honor 5X juga hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan lampu flash dwi-tona dan kamera selfie 5MP.

Huawei Honor 5X juga akan menyokong dua SIM pada rangkaian 4G LTE dan tidak lupa slot microSD.

Seperti yang kami katakan diatas, versi 2GB Huawei Honor 5X akan ditawarkan pada harga CNY 999 manakala versi 3GB pula ditawarkan pada harga CNY 1399.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai pelancaran model ini ke pasaran tempatan namun ianya akan memasuki pasaran tempatan didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.