Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 3 akan hadir dengan slot USB Type-C

google-android-m-usb-c

Selepas pelancaran dua siri Asus ZenFone, Asus kini dilihat sedang melakukan pembangunan untuk generasi ketiga telefon pintar mereka yang akan dikenali sebagai ZenFone 3.

Ketua pegawai eksekutif Asus, Jonney Shih baru-baru ini telah mengesahkan bahawa generasi baru telefon pintar mereka akan mengekalkan nama ZenFone dan beliau turut mendedahkan bahawa Asus ZenFone 3 akan hadir dengan slot USB Type-C.

Walaubagaimanapun, Jonney tidak memberikan sebarang maklumat mengenai bila model ini akan dilancarkan namun adalah selamat untuk kami perkatakan bahawa pelancaran generasi baru telefon pintar Asus ini hanya akan berlangsung awal tahun hadapan.

Seperti Zenfone 2, kami pasti Asus akan menawarkan beberapa versi Zenfone 3 yang hadir dengan spesifikasi rendah, pertengahan dan atasan. Selain itu, terdapat tanda tanya samada Asus akan menyertakan kesemua versi ini dengan USB Type-C atau menawarkanya secara eksklusif pada model atasan sahaja.

Slot USB Type-C dilihat semakin mendapat tempat dikalangan pengeluar telefon pintar khususnya selepas Google menyatakan sokongan port ini bagi Android 6.0 Marshmallow sebelum mereka melancarkan Nexus 5X dan Nexus 6P dengan USB Type-C ini.

sumber :FoneArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.