Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nexus 6P & Huawei Watch bakal dilancarkan di Malaysia

huawei-nexus-6p-singapore-launch
Huawei Nexus 6P yang dikeluarkan sebagai telefon pintar Nexus dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow yang asli dilihat akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Huawei Malaysia dikatakan telah bersedia untuk melancarkan phablet Nexus ini bersama-sama jam pintar Huawei Watch sebelum penghujung tahun ini.

huawei-watch1

Berdasarkan laporan dari lowyat.net, Huawei Nexus 6P dikatakan akan dilancarkan pada pertengahan bulan November manakala Huawei Watch pula akan memasuki pasaran antara bulan November ataupun Disember.

Selain itu, Huawei Nexus 6P juga dilaporkan akan dijual melalui vmall.my yang akan memudahkan lagi pengguna di Malaysia memilikinya kelak.

Berdasarkan harga penjualan pula, kami meramalkan Huawei Nexus 6P akan ditawarkan pada harga sekitar RM 2,300 sehingga RM 2,500.

Bagi Huawei Watch pula, harga penjualan model ini mungkin melebihi kadar RM 1,500 apabila ianya mula ditawarkan di Malaysia kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.