Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi akan melancarkan perkhimatan VoLTE mulai tahun 2016

VoLTE_infographic_digi-malaysia
Syarikat telekomunikasi Digi yang baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka mempunyai rangakaian 4G LTE terbaik dan terbesar di Malaysia dan kini, syarikat telekomunikasi ini dilaporkan telah memulakan ujian bagi perkhimatan VoLTE atau panggilan suara melalui rangkaian 4G LTE.

Ujian ini dilakukan untuk mengambil kesempatan daripada rangkaian 4G LTE yang dimiliki oleh Digi dimana syarikat ini mendakwa 1 daripada 2 penduduk di Malaysia mempunyai akse kepada 4G LTE daripada Digi ini.

Dengan teknologi VoLTE ini, panggilan suara akan mula menggunakan rangakain 4G dimana pada masa sekarang kesemua panggilan suara di Malaysia hanya dilakukan melalui rangkaian 2G dan 3G.

‘bandwith’ yang digunakan pada rangkaian 4G LTE adalah lebih tinggi dan ini membolehkan penghantaran suara dapat dilakukan dengan mengekalkan kualiti yang tinggi dan jelas.

Selain itu, lagi satu kelebihan yang dimiliki oleh VoLTE ini adalah, ianya membolehkan pengguna melayari laman web, memuat turun kandungan atau menonton video secara serentak ketika sedang membuat panggilan. Ketika ini, infrastruktur yang dimiliki oleh rangkaian 2G dan 3G dinegara ini akan menyebabkan kualiti kelajuan internet jatuh ke tahap yang rendah apabila anda sedang membuat panggilan.

VoLTE ini dikatakan akan mula ditawarkan oleh DiGi pada kesemua telefon pintar 4G LTE mulai tahun hadapan dan Digi juga mengesahkan mereka akan masih mengekalkan pengunaan panggilan suara melalui 2G dan 3G untuk memenuhi permintaan penguna telefon pintar yang tidak mempunyai sokongan 4G.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.