Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenpad 8.0 kini ditawarkan di Malaysia – RM 849

ZenPad 8.0 - Available in ASUS Store

Asus Malaysia kini secara rasminya menawarkan tablet Asus Zenpad 8.0 melalui kedai atas talian mereka iaitu Asus Store Malaysia.

Asus Zenpad 8.0 mempunyai harga penjualan RM 849 iaitu RM 100 lebih mahal jika dibandingkan dengan Asus Zenpad 7.0.

Asus Zenpad 8.0 hadir dengan skirn paparan LED WXGA berukuran 8.0 ( 1280 x 800), pemproses Qualcomm Snapdragon 410 berkelajuan 1.4GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

ZenPad 8.0 (Z380KL)

Selain itu, Asus Zenpad 8.0 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 2MP, satu pembesar suara DTS, bateri 13Wh yang menjanjikan 8 jam pengunaan, sokongan 4G LTE dan berasaskan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

Asus Zenpad 8.0 ini kini ditawarkan dengan harga penjualan RM 849 dan hanya ditawarkan didalam warna hitam sahaja buat masa ini. dua warna yang lain iaitu putih dan metalik dijangka akan mula ditawarkan tidak lama lagi

Dapatkan Asus Zenpad 8.0 disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.