Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One A9 dilancarkan secara rasmi – reka bentuk mirip iPhone 6s

htc-one-a9-official-photo-malaysia-launch

HTC secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka iaitu One A9.

HTC One A9 hadir dengan reka bentuk unibody berasaskan keluli sepenuhnya dan dikatakan dimengambil inspirasi daripada reka bentuk telefon pintar HTC sebelum ini. Walaupun HTC berkata demikian, kami pasti anda pasti terfikir bahawa reka bentuk ini mempunyai mirip reka bentuk iPhone 6 dan iPhone 6s.

Apa pun telefon pintar terbaru HTC ini juga merupakan telefon pintar pertama selain peranti Nexus untuk hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Dari segi spesifikasi, HTC One A9 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 617 ( pertama kali digunakan), dua pilihan RAM iaitu 2GB atau 3GB, dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB.

Selain itu, HTC One A9 juga hadir dengan sokongan LTE, sokongan kad microSD sehingga 2TB, bateri berkapasiti 2,150 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan Quick Charge 2.0 dan 3.0, sensor pengesan capjari pada butang ‘home’ dan pembesar suara audio berkualiti tinggi.

Dari segi kamera pula, HTC One A9 hadir dengan kamera utama 13MP yang dilengkapi dengan OIS manakala kamera selfie model ini adalah kamera 4MP UltraPixel keluaran sendiri syarikat ini.

HTC One A9 akan mula memasuki pasaran utama dunia pada minggu pertama bulan November dengan harga penjualan $399.99 (RM 1,720) bagi versi 3GB RAM/ 32GB ROM.

Dalam pada itu, versi 2GB RAM dengan 16GB ROM dijangka akan mempunyai harga penjualan yang lebih rendah.

HTC One A9 ditawarkan didalam 4 warna iaitu perak, kelabu, emas dan merah pekat.

HTC-One-A9-OpalSilver HTC-One-A9-CarbonGrey HTC-One-A9-TopazGold HTC-One-A9-DeepGarnet

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.