Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[Eksklusif] Harga Penjualan Siri Xperia Z5 akan bermula dari RM 2299

sony-xperia-z5-family-malaysia
Telefon pintar terbaru daripada Sony dibawah siri Xperia Z yang telah disahkan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi iaitu hanya satu bulan selepas model ini dilancarkan di IFA 2015.

Sony Xperia Z5 Compact, Xperia Z5 dan Xperia Z5 Premium dijangka akan dilancarkan didalam masa terdekat dan kami secara eksklusif akan mendedahkan harga penjualan model-model terbaru daripada Sony ini.

Sony Xperia Z5 Compact akan ditawarkan pada harga RM 2,299 manakala Xperia Z5 akan mempunyai harga penjualan RM 2,699. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai sebarang maklumat harga penjualan bagi Xperia Z5 Premium yang merupakan telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan 4K namun ramalan harga daripada kami adalah sekitar RM 3099

Sony Xperia Z5 Compact, Z5 dan Z5 Premium dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia sebelum penghujung bulan ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.