Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Galaxy Note 5 kini ditawarkan didalam warna emas pink

pink-gold-note5-malaysia-mdroid
Samsung secara rasminya telah melancarkan phablet Galaxy Note 5 didalam warna baru iaitu warna emas merah jambu.  warna baru ini adalah warna yang hangat di pasaran terutamanya selepas pelancaran iPhone 6s didalam warna emas ros.

Samsung Galaxy Note 5 didalam warna baru ini akan mula ditawarkan di pasaran Korea Selatan mulai 23 Oktober ini dan ianya hanya hadir didalam kapasiti memori simpanan dalaman 64GB.

Buat masa ini, Samsung tidak menyatakan sebarang perancangan untuk melancarkan model ini ke pasaran antarabangsa namun warna ini dijangka akan menyertai 4 warna lain yang kini ditawarkan di Malaysia.

Samsung Galaxy Note 5 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,699 termasuk GST didalam 4 warna iaitu titanium perak, hitam sapphire, emas platinum dan putih mutiara.
note-5-malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.