Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 5 mungkin dilancarkan minggu hadapan

xiaomi-logo-

Xiaomi telah mula menghantar jemputan ke majlis pelancaran produk terbaru mereka yang akan diadakan pada 19 Okotber 2015.

Berdasarkan khabar angin sebelum ini, produk yang dimaksudkan oleh Xiaomi dilihat telefon pintar utama syarikat iaitu Xiaomi Mi 5. Sebelum ini Xiaomi Mi 5 telah dikatakan akan dilancarkan pada bulan Disember atau November namun kami tidak menolak kemungkinan model ini dilancarkan lebih awal.

Walaubagaimanapun, Xiaomi Mi 5 ini mungkin tidak akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820 SoC kerana telefon pintar pertama dengan pemproses ini hanya akan ditawarkan pada bulan Disember tahun ini.

xiaomi-mi-5-mdroid-malaysia-launch

Namun, Xiaomi mungkin membuat kejutan seperti pada sidang pelacaran Xiaomi Mi Note apabila memperkenalkan Mi Note Pro. Xiaomi Mi 5 Pro yang mungkin ditawarkan selepas beberapa bulan bakal hadir dengan cip pemproses Snapdragon 820 ini.

Walaubagaimanapun, jika Xiaomi Mi 5 tidak dilancarkan minggu hadapan, kemungkinan kedua produk Xiaomi yang akan dilancarkan adalah tablet Mi Pad 2 yang sepatutnya hadir dengan generasi baru selepas melepasi kitaran satu tahun

Apapun kita tidak harus menunggu lama kerana pelancaran rasmi produk daripada Xiaomi hanya berbaki 6 hari sahaja lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.