Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia Z5 Premium, Z5 & Z5 Compact bakal dilancarkan di Malaysia

sony xperia z5 malaysia
Sony Mobile Malaysia secara rasminya telah membuka pendaftaran minat bagi telefon pintar terbaru mereka didalam siri Xperia iaitu Xperia Z5, Xperia Z5 Compact dan Xperia Z5 Premium.

Ketiga-tiga telefon pintar dibawah siri Xperia Z5 ini telah dilancarkan di IFA 2015 bulan lalu dan akan mula ditawarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Ketiga-tiga model Xperia Z5 ini akan ditawarkan didalam versi dwi sim dan ini bermakna kesemua model ini akan mempunyai nama tambahan ‘Dual’.

sony-mobile-malaysia-xperia-z5-premium

Buat masa ini pihak Sony Mobile Malaysai tidak mendedahkan sebarang maklumat harga penjualan bagi ketiga-tiga model ini. Berdasarkan ramalan kami, Xperia Z5 Premium dijangka akan mempunyai harga penjualan mencecah RM 3,000 dan akan menjadi pesaing tunggal kepada harga iPhone 6s dan iPhone 6s Plus di Malaysia yang bermula dari RM 3,199

Bagi anda yang ingin mendaftarkan minat bagi mendapatkan salah satu daripada model ini anda boleh lakukanya disini. Daftar minat bagi Xperia Z5 Premium

Selain itu, jika anda berminat untuk menghadiri majlis pelancaran ini, anda boleh mendaftarkan nama anda dan jika anda antara yang terpilih anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM 200 dan berpeluang memenangi Xperia Z5 Premium.

Daftarkan nama anda disini

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.