Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[unboxing]pandangan pertama Asus Zenfone Selfie Malaysia

asus-zenfone-selfie-unboxing-002
Asus secara rasminya telah mula menawarkan telefon pintar selfie mereka yang dikenali sebagai Asus Zenfone Selfie dengan harga penjualan RM 1,049. Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone Selfie hadir dengan skrin paparan HD penuh 5.5-inci ( gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4), pemproses octa-core Qualcomm Snapdragon 615 ( tiada pemproses Intel sepert pada Zenfone 2), 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman. Sebagai telefon pinta selfie, tidak hairanlah telefon pintar ini hadir dengan kamera 13MP pada bahagian hadapan dan belakang. Selain itu, kamera juga turut disertakan dengan lampu flash dwi-tona. Sebagai pelengkap, Asus Zenfone Selfie hadir dengan Android 5.0 dengan ZenUI

Menarik bukan?, mari kita mengetahui lebih lanjut mengenai Asus Zenfone Selfie.

asus-zenfone-selfie-unboxing-001
Pembungkusan telefon pintar selfie daripada Asus ini cukup ringkas namun masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti pada Asus Zenfone 2.

asus-zenfone-selfie-unboxing-003
Apabila kotak ini dibuka, anda akan dapat melihat Asus Zenfone Selfie yang dilindungi dengan filem.

asus-zenfone-selfie-unboxing-004

Apabila kami mengalihkan telefon pintar ini, terdapat manual pengunaan, kad waranti, kable USB namun tiada earphone ditawarkan bersama telefon.

asus-zenfone-selfie-unboxing-005 asus-zenfone-selfie-unboxing-007 asus-zenfone-selfie-unboxing-006

Soket pengecasan ini mampu mengecas telefon pintar pada kadar 2A yang dilihat sesuai untuk mengecas bateri berkapasiti 3,000 mAh yang dimiliki oleh Asus Zenfone Selfie.

asus-zenfone-selfie-unboxing-008

Kable USB yang ditawarkan bersama-sama telefon pintar ini adalah kabel biasa yang diberikan dan tiada sebarang perbezaan.

Asus Zenfone Selfie kini boleh di beli di stor Asus Malaysia didalam tiga warna menarik iaitu hijau, putih dan merah jambu.

asus-zenfone-selfie-unboxing-09 asus-zenfone-selfie-unboxing-010 asus-zenfone-selfie-unboxing-011 asus-zenfone-selfie-unboxing-012 asus-zenfone-selfie-unboxing-013 asus-zenfone-selfie-unboxing-014 asus-zenfone-selfie-unboxing-015 asus-zenfone-selfie-unboxing-016 asus-zenfone-selfie-unboxing-017

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.