Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Astro memperkenalkan perkhimatan OD – Hiburan ‘On-Demand’

astro OD Malaysia

Stesen televisyen popular Astro secara rasminya telah melancarkan perkhimatan hiburan atas taliam yang kenali sebagai On Demand.

On Demand akan memberikan pelanggan Astro kebebasan untuk memilih dan menonton rancangan kegemaran mereka yang terdiri daripada filem hangat Hollywood, siri komedi dan ratusan animasi klasik.

On Demand adalah perkhimatan yang boleh diperoleh dengan menyambungkan set PVR Astro anda kepada Wi-Fi kediaman rumah anda. Dengan melakukan langkah ini anda akan mendapat akses kepada perkhimatan On Demand.

astro-od-on-demand-servis-malaysia-2

OD hadir dengan tiga jenis pakej yang menarik iaitu OD Free, OD Plus dan OD Store.

OD Free adalah kandungan percuma yang ditawarkan berdasarkan langganan anda dan tiada sebarang bayaran bulanan tambahan dikenakan.

OD Plus pula adalah perkhimatan on-demand yang memberikan anda akses kepada kandungan seperti filem lengkap Hollywood (contoh: kesemua filem Lord Of The Ring), siri lengkap drama TV dan animasi klasik. OD Plus boleh dilanggan dengan bayaran bulanan RM 15.90

OD Store adalah perkhimatan ‘ala-carte’ dimana anda perlu membayar untuk menonton kandungan terkini yang ditayangkan di pawagam. Antara kandungan yang ditawarkan di OD Store adalah filem Hollywood, filem tempatan dan filem blokbuster Asia. Selain itu, rancangan sukan seperti sukan Olmpik dan Euro 2016 mungkin juga ditawarkan di OD Store

Kepada pelanggan Astro sediada yang menyambungkan PVR Astro mereka ke Wi-Fi sebelum 31 Januari 2016, anda akan menikmati langganan percuma Astro OD Plus secara percuma bagi 3 bulan.

Jika PVR anda tidak mempunyai Wi-Fi anda boleh mendapatkan dongle Wi-Fi secara percuma daripada Astro.

Bagi pelanggan yang tidak melanggani Astro anda boleh melanggani kesemua perkhimatan OD ini melalui Astro One The Go di telefon pintar, tablet dan komputer riba.

Bagi pelanggan yang tidak mempunyai langganan Astro, anda boleh mendapat akses kepada perkhimatan OD ini dengan menggunakan aplikasi Astro On The Go (AOTG) pada komputer riba, tablet dan telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut layari www.watchod.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.