Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 bakal hadir didalam tiga jenis pemproses

Samsung-Galaxy-S7-concept-renders-by-Hasan-Kaymak

Samsung Galaxy S7 yang akan dilancarkan didalam masa beberapa bulan lagi sudah mula menjadi antara topik hangat dunia teknologi.

Samsung Galaxy S7 dijangka akan hadir didalam tiga versi pemproses dan salah satu versi pemproses yang akan digunakan adalah pemproses Snapdragon 820. Pemproses daripada Qualcomm kembali selepas Galaxy S6 hanya hadir dengan pemproses Exynos.

Selain pemproses Snapdragon 820, dua versi Samsung Galaxy S7 yang lain dijangka hadir dengan pemproses daripada Samsung iaitu Exynos 8890 dan Exynos 7422.

Pemproses Snapdragon 820 dijangka akan ditawarkan dipasaran utama seperti China dan Amerika Syarikat manakala Exynos 8890 akan ditawarkan di pasarana Jepun, Korea dan Eropah. Pemproses Exynos 7422 pula mungkin ditawarkan dengan harga yang lebih rendah dipasaran seperti India.

Jika menjadi kenyataan, Ini merupakan kali pertama Samsung menggunakan tiga jenis pemproses bagi satu model telefon pintar.

Kekeliruan ini pasti bertambah kerana masih terdapat versi Galaxy S7 Edge yang mungkin juga hadir dengan beberapa jenis pemproses.

sumber : GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.