Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mirosoft Lumia 950XL & 950 dilancarkan secara rasmi

microsoft-lumia-950-xl-and-lumia-950-mdroid

Microsoft secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Lumia 950 XL dan Lumia 950.

Lumia 950 Xl dan Lumia 950 hadir dengan teknologi skrin paparan QHD AMOLED dengan ukuran 5.7-inci pada mode XL dan 5.2-inci pada model 950. Skrin ini juga hadir dengan ciri ‘Glance Screen’ dan ‘ClearBlack’.

Dari segi pemproses dalaman pula, Lumia 950 XL hadir dengan pemproses Snapdragon 810 yang disertakan dengan 3GB manakala Lumia 950 pula hadir dengan pemprosea Snapdragon 808 juga dengan 3GB RAM.

microsoft-lumia-950-xl-and-lumia-950-mdroid-2

Antara teknologi yang menarik pada peranti Windows 10 Mobile ini ialah, kedua-dua model ini hadir dengan teknologi penyejukan ‘Liquid Cooling’ dan port USB Type-C.

Dari segi kamera pula, Microsoft telah mengembalikan nama PureView pada kamera 950Xl dan 950 ini. Pada bahagian belakang kedua-dua Lumia ini adalah kamera 20MP dengan OIS dan lensa optik Carl Zeiss. Selain itu, kanera ini juga mampu merakam video 2160p dan hadir dengan flash LED.

Dari segi kamera selfie pula, kedua model ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu 5MP dengan kebolehan merakam video 1080p. Tidak seperti Lumia 950, Lumia 950Xl turut hadir dengan lampu flash LED.

microsoft-lumia-950-xl-and-lumia-950-mdroid-1

Berlaih kepada bateri pula, Lumia 950XL hadir dengan bateri berkapasiti 3,400 mAh manakala Lumia 950 hadir dengan bateri 3,000 mAh dan disertakan dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Akhir sekali, Lumia 950 XL akan ditawarkan pada harga $650 manakala Lumia 950 akan mempunyai harga $550. Penjualan dijangka akan bermula bulan hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.