Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Microsoft turut melancarkan Surface Pro 4 & Surface Book

microsoft-surface-pro-4-surface-book-malaysia
Selain Lumia 950 XL dan Lumia 950, Microsoft turut melancarkan tablet Microsoft Surface Pro 4 dan Surface Book.

Microsoft Surface Pro 4 hadir dengan skrin paparan 12.3-inch dan dlihat sebagai pencabar kepada iPad Pro. Skrin paparan ini hadir dengan resolusi 2,736 x 1,824 dan kepadatan piksel 267ppi.

microsoft-surface-pro-4-price-malaysia

Dari segi dalaman terdapat dua jenis pemproses yang ditawarkan oleh Microsoft iaitu pemproses Intel Core i5 dan Intel Core i7. Selain pemproses dalaman, kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman juga berbeza-beza. Surface Pro 4 juga hadir dengan satu versi yang mempunyai 1TB memori simpanan dalaman.

Berikut adalah versi yang ditawarkan :

  • Generasi keenam Intel® Core™ M3 dengan 4 GB RAM dan 128GB ROM
  • Generasi keenam Intel® Core™ i5 dengan 4 GB RAM dan 128GB ROM
  • Generasi keenam Intel® Core™ i5 dengan 8 GB RAM dan 256GB ROM
  • Generasi keenam Intel® Core™ i7 dengan 8 GB RAM dan 256GB ROM
  • Generasi keenam Intel® Core™ i7 dengan 16 GB RAM dan 256GB ROM
  • Generasi keenam Intel® Core™ i7 dengan 16 GB RAM dan 512GB ROM

Microsoft berkata jangka hayat bateri yang akan dimiliki oleh tablet Surface Pro 4 ini adalah sekitar 9 jam dan jangka hayat ini diperoleh dengan menggunakan Surface Pro 4 Core i5, 8GB RAM dan 256GB ROM.

microsoft-surface-book-price-malaysia

Microsoft turut mendakwa bahawa, Surface Pro 4 adalah 50% lebih pantas berbanding MacBook Air.

Selain itu, Microsoft turut memperkenalkan komputer riba Surface Book yang hadir dengan skrin paparan 13.5-inci dengan kepadatan piksel mencecah 267ppi.

Selain itu, Surface Book hadir dengan rangka magnesium di luar dan hadir didalam dua versi pemproses dalaman.

Surface Book hadir dengan pemproses Intel Core i5 atau i7 dibawah kumpulan pemproses Skylake. Selain itu, ianya turut hadir dengan GPU daripada NVIDIA dan memori GDDR5. Microsoft Book juga hadir dengan two slot USB 3.0, sensor pengesan cap jari dan satu slot kad SD.

microsoft-surface-pro-4-surface-book-malaysia-1

Microsoft mendakwa Surface Book mampu beroperasi selama 12 jam didalam satu caj penuh dan merupakan komputer riba 13-inci terpantas didunia. Sebagai perbandingan, Surface Book adalah dua kali lebih pantas berbanding MacBook Pro.

Selain itu, kedua-dua tablet ini juga hadir dengan satu stylus pen magnetik yang boleh dilekatkan pada badan tablet Surface Pro 4 atau Surface Book.

Surface Pro 4 akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari ($899) RM 3,841 sehingga ($2,199) RM 9,395 dengan penjualan akan bermula 26 Oktober ini.

Surface Book pula akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari ($1,499) RM 6,405 dan penjualan akan bermula pada 26 Oktober juga.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.