Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google melancarkan LG Nexus 5X & Huawei Nexus 6P – Android Marshmallow

google-huawei-nexus-6p-android-marshmallow-4

Google secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru Nexus mereka iaitu Nexux 5X keluaran LG dan phablet Nexus 6P keluaran Huawei.

Nexus 5X adalah telefon pintar yang hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.2-inci dengan kepadatan piksel mencecah 424ppi dan dilindungi oleh Gorilla Glass 3. Selain itu, antara spesifikasi yang dimiliki oleh Nexus 5X adalah pemproses Snapdragon 808, 2GB, Adreno 418, dua pembesar suara hadapan, bateri berkapasiti 2700mAh dan dengan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB.

LG-nexus-5x-huawei-p6-google-android-marshmallow-mdroid-malaysia-3

Beralih kepada Nexus 6P pula, model ini adalah pengganti kepada Nexus 6 dan ianya hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci dengan kepadatan piksel 518ppi dan dilapisi gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4. Menariknya ini adalah telefon pintar pertama Huawei dengan skrin paparan QHD dan memberikan kita petunjuk bahawa, generasi telefon pintar utama yang berikut daripada Huawei mungkin hadir dengan teknologi skrin paparan QHD ini.

Selain itu, antara spesifikasi lain yang dimiliki oleh Nexus 6P adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 810 versi 2.1 yang lebih baik, 3GB RAM, dua pembesar suara hadapan, bateri berkapasiti 3,450mAh dan hadir dengan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB.

LG-nexus-5x-huawei-p6-google-android-marshmallow-mdroid-malaysia-1

Antara persamaan yang dimiliki oleh kedua-dua Nexus 5X dan Nexus 6P adalah, kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan pengesan capjari dibahagian belakang, Android 6.0 Marshmallow dan USB Type-C.

Selain itu, kedua-dua peranti terbaru Nexus ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu kamera utama 12.3MP dengan 1.55µm piksel dan aperture f/2.0 dan mampu merakam video 2160p. bagi kamera selfie pula, Nexus 5X hadir dengan kamera 5MP manakala kamera selfie Nexus 6P adalah 8MP

n5xandn6p

Nexus 5X telah mula dibuka untuk tempahan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan, Jepun dan Ireland dengan harga penjualan $379.99 atau sekitar RM 1690.

Nexus 6P pula telah mula ditawarkan dibeberapa negara dengan harga penjualan bermula dari $500 iaitu sekitar RM 2,222

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.