Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ketahanan bateri iPhone 6s Plus 50% lebih baik berbanding 6 Plus

iphone-batteries

Anda pasti sudah tahu bahawa spesifikasi di atas kertas tidak menjanjikan apa-apa terutama sekali apabila anda membandingkan telefon pintar Android dengan telefon pintar Apple.

Selepas iPhone 6s mula dijual Jumaat lalu, pakar industri telah mula merobek iPhone 6s dan iPhone 6s Plus untuk mengetahui segala spesifikasi dalaman yang tidak diumumkan oleh Apple di majlis pelancaran iPhone 6s dan iPhone 6s yang telah berlangsung awal bulan ini.

Salah satunya adalah bateri, dan kami pasti ramai yang akan kecewa apabila dinyatakan bahawa kapasiti bateri yang dimiliki oleh iPhone 6s Plus adalah 150mAh lebih kecil daripada kapasiti bateri iPhone 6 Plus menjadikan bateri yang digunakan pada generasi baru ini adalah 2585mAh.

Namun apabila dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note 5 yang mempunyai bateri berkapasiti 3,000mAh. Keputusan yang diperoleh hasil ujian jangka hayat bateri oleh PhoneArena mendedahkan iPhone 6s Plus dan Galaxy Note 5 mempunyai jangka hayat bateri yang sama iaitu 9 jam 11 minit.

Keputusan ini pasti mengejutkan semua pihak termasuk Apple sendiri kerana syarikat Cupertino itu mendakwa iPhone 6s Plus akan mempunyai jangka hayat bateri yang sama seperti iPhone 6 Plus iaitu sekitar 6 jam 32 minit.

Walaupun dengan kapasiti bateri yang lebih kecil, iPhone 6s Plus dilihat mampu bersaing dengan kebanyakkan telefon pintar Android yang mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar.

Sebagai peringatan kepada anda. Apple telah mengumumkan bahawa iPhone 6s dan iPhone 6s Plus akan memasuki pasaran Malaysia pada 16 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.