Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 4C kini ditawarkan di Malaysia – RM 989

xiaomi-mi-4c-directd-1

Jika anda masih ingat, minggu lalu kami melaporkan bahawa Xiaomi telah melancarkan satu telefon pintar terbaru yang hanya eksklusif di China iaitu Mi 4C dan baru sahaja 5 hari selepas pelancaran, model telefon pintar ini kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 989 dan didalam warna putih sahaja.

Harga penjualan ini adalah bagi versi 16GB dengan 2GB dan harga ini adalah hampir RM 200 lebih tinggi berbanding anggaran harga di pasaran China iaitu sekitar CNY 1,299 (RM 878).

xiaomi mi 4c

Xiaomi Mi 4C adalah telefon pintar yang mempunyai reka bentuk yang sama seperti Mi 4i yang dilancarkan di India beberapa bulan lalu sebelum memasuki pasaran Malaysia. Mi 4i kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 749 (16GB) dan RM 899 (32GB).

Berikut adalah spesifikasi utama Mi 4C

  • Skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci
  • pemproses Snapdragon 808
  • 2GB RAM/16GB memori simpanan dalaman
  • kamera utama 13MP Sony IMX258/Samsung ISOCELL S5K3M2
  • kamera selfie 5MP
  • USB Type-C
  • bateri berkapasiti 3,080mAh (teknologi pengecasan Quick Charge 2.0)

Sumber DirectD

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.