Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple mengesahkan iPhone 6s akan tiba di Malaysia 16 Oktober ini

iPhone6s

Apple mengesahkan iPhone 6s akan tiba di Malaysia 16 Oktober ini

Apple telah mengumumkan bahawa iPhone 6s dan iPhone 6s Plus akan mula ditawarkan di Malaysia pada 16 Oktober ini jauh lebih awal jika dibandingkan dengan tahun lalu.

Pengesahan ini telah dibuat oleh Apple melalui kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi. iPhone 6s dan 6s Plus akan ditawarkan bersama-sama India dan Turki pada hari Jumaat bersamaan dengan 16 Oktober 2015.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai harga didedahkan namun ianya dijangka lebih tinggi berbanding harga penjualan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Antara faktor yang menyebabkan harga penjualan ini lebih tinggi adalah kerana cukai GST dan kejatuhan nilai matawang Ringgit yang teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ni.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.