Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan global iPhone 6s dan 6s Plus bermula hari ini

iPhone 6S global launchPenjualan global iPhone 6s dan 6s Plus bermula hari ini

Tarikh 25 September adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh peminat fanatik Apple dimana hari ini adalah hari pertama penjualan global bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus bermula secara rasmi.

Seperti biasa, berdasarkan waktu tempatan, Australia menjadi negara pertama didalam senarai negara terawal mendapat iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Walupun dengan keadaan cuaca yang tidak baik di Sydney, ini tidak sedikit pun menghalang mereka yang ingin menjadi antara pemilik terawal iPhone 6s dan 6s Plus untuk beratur.

Selain itu, terdapat juga berita yang melaporkan bahawa ada peminat fanatik Apple iPhone 6s ini yang beratur sejak beberapa hari untuk menjadi orang pertama didunia memiliki generasi baru iPhone ini.

 

iPhone 6S global launch 06Di Sydney, Lindsay Handmer merupakan orang pertama untuk mula beratur bagi membeli iPhone 6s ini iaitu dua hari sebelum pelancaran rasmi iPhone 6s dan iPhone 6s dilakukan.

Ini bermaksud, Linday sudah beratur selama dua minggu semata-mata untuk mendapatkan iPhone 6s. Beliau berkata, tujuan beliau ingin menjadi yang pertama didalam barisan adalah untuk mempromosikan perniagaan beliau selain hasrat baik untuk mengumpul derma bagi rakyt Australia yang terbiar dengan melelong iPhone 6s beliau.

Lucy Kelly juga merupakan salah seorang yang beratur bagi mendapatkan iPhone 6s namun beliau mencuri tumpuan apabila menggunakan robot untuk beratur bagi pihak beliau.

Apple iPhone 6s dan iPhone 6s telah mula dijual di senarai negara pertama mulai hari ini. Antara negara yang menerima iPhone 6s dan iPhone 6s Plus hari ini termasuk Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Kanada, Singapura dan banyak lagi.

Berikut adalah antara gambar yang diambil ketika pelancaran iPhone 6s di Sydney, Australia pagi tadi.

iPhone 6S global launch 02 iPhone 6S global launch 03 iPhone 6S global launch 04 iPhone 6S global launch 05

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.