Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Android 6.0 Marshmallow akan mula ditawarkan pada 5 Oktober

marshmallow

Android 6.0 Marshmallow akan mula ditawarkan pada 5 Oktober

Generai sistem operasi terbaru Google iaitu Andorid 6.0 Marshmallow dijangka akan ditawarkan pada peranti terbaru Nexus yang akan dilancarkan di majlis pelancaran Google yang akan diadakan pada 29 September ini.

Walaubagaimanapun, maklumat mengenai akan bila kesemua peranti Android yang lain akan mendapat kemaskini Android Marshmallow ini tidak pernah disahkan oleh Google mahupun syarikat pengeluar telefon pintar.

Namun kini, satu jadual penawaran kemaskini Android 6.0 Marshmallow bagi telefon pintar Android yang lain telah dikeluarkan oleh Telus, syarikat telekomunikasi Kanada.

marshmallow 01Telus telah mendedahkan bahawa Nexus 5 dan Nexus 6 yang merupakan telefon pintar Google yang dilancarkan sebelum ini akan mendapat Android 6.0 Marshallow pada 5 Oktober ( tertakluk pada perubahan).

Selepas Nexus 5 dan Nexus 6 kami pasti telefon pintar dari Samsung, Sony, HTC dan banyak lagi akan mula memulakan proses kemaksini Andorid 6.0 Marshmallow ini.

Berbalik kepada generasi baru Nexus yang mana dua versi akan dilancarkan. Telefon pintar ini akan dikeluarkan oleh LG dan Huawei. LG akan mengeluarkan Nexus 5X manakala Huawei akan mengeluarkan Nexus 6P.

SUMBER RUJUKANĀ GSMARENA

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.