LEAGOO Elite 1 tiba di Malaysia 25 September ini

LEAGOO-ELITE-1-Malaysia

Syarikat telefon pintar yang semakin mendapat tempat di pasaran tempatan iaitu LEAGOO secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar utama mereka iaitu Elite 1 yang dilancarkan baru-baru ini.

Elite 1 dilengkapi dengan skrin paparan JDI LTPS berukuran 5.0-inci dengan piksel 440ppi, pemproses MediaTek berkelajuan 1.3GHz, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan.

LEAGOO Elite 1 mempunyai reka bentuk rangka keluli selain permukaan hadapan dan belakang gelas yang dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3.

Beralih kepada bahagian kamera, LEAGOO Elite 1 hadir dengan dua unit kamera daripada Sony iaitu kamera generasi ke-4 Sony BS1 16MP pada bahagian hadapan dan kamera selfie 13MP. Kedua-dua kamera ini turut disertakan dengan lampu flash LED.

Selain itu, sebagai selari dengan trend pasaran, LEAGOO Elite juga dilengkapi dengan satu butang ‘Home’ yang diletakkan sensor pengesan cap jari yang dilapisi oleh gelas sapphire. LEAGOO mendakwa sensor ini mampu mengesan cap jari didalam masa 0.5 saat sahaja.

LEAGOO Elite 1 ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, slot microSD, 4G LTE dan LEAGOO OS 1.1 yang berasakan Android 5.1 Lollipop.

LEAGOO Elite 1 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, hitam dan emas mulai 25 September ini dengan harga penjualan RM 999.

Comments

comments

Share