Sony memperlekehkan ciri-ciri iPhone 6s & 6s Plus

Selepas pelancaran rasmi iPhone 6s dan iPhone 6s awal pagi semalam, rasmi pakar industri memuji produk terbaru Apple ini namun Sony mempunyai persoalan lain bagi kedua-dua model iPhone ini.

Selepas pengumuman generasi iPhone yang baru ini, walaupun hadir dengan banyak pembaharuan spesifikasi, Apple dilihat masih mengekalkan pengunaan kapasiti bateri yang sama seperti pada model sebelum ini.

Syarikat gergasi elektronik Jepun ini melalui akaun Twitter mereka telah memuaturun satu gambar yang menyerupai gambar jemputan media bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Gambar daripada Sony ini hadir dengan satu soalan kepada Siri iaitu mengenai jangka hayat bateri kedua-dua model terbaru ini. Jawapan Siri yang ditulis pada gambar ini adalah beralih kepada Sony. Sony dengan bangganya berkata bahawa telefon pintar mereka mampu bertahan selama 2 hari dan tidak setakat itu, Sony juga menyertakan satu pautan yang membolehkan pengguna iOS beralih kepada peranti Sony dengan mudah.

selain kapasiti bateri, Sony turut membandingkan kamera 12MP yang dimiliki oleh iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dengan kamera 23MP yang dimiliki oleh kesemua telefon pintar didalam siri Xperia Z5

Sony yang melancarkan siri Xperia Z5 iaitu Xperia Z5, Xperia Z5 Premium dan Xperia Z5 Compact di IFA minggu lalu kini sudah mula membuka pendaftaran minat bagi Xperia Z5 Compact di Malaysia dan selepas itu, model Xperia Z5 Premium yang merupakan telefon pintar 4K pertama didunia dijangka tiba di sini.

sumber

Comments

comments

Share