OnePlus 2 akan ditawarkan tanpa had selama sejam penghujung bulan ini

oneplus-two-open-sale

Selepas mengecewakan kebanyakkan peminat telefon pintar generasi pertama daripada OnePlus iaitu OnePlus One, OnePlus dilihat masih belum belajar dari kesilapan lalu apabila masih menggunakan ciri pembelian secara jemputan bagi OnePlus 2.

Dalam forum OnePlus, ketua pegawai eksekufit OnePlus Carl Pei baru-baru ini telah memohon maaf atas kesulitan dan kesukaran yang dialami oleh pengguna untuk memiliki produk panas ini dan sebagai membalas sokongan mereka, OnePlus akan mengadakan satu penjualan terbuka yang membolehkan pengguna memiliki telefon pintar terbaru ini tanpa sebarang jemputan.

Carl Pei mendakwa perkara ini berlaku akibat kelewatan yang menyebabkan penghantaran tempahan OnePlus 2 ini telah lewat hampir sebulan.

oneplus-two-malaysia-maxis

Penjualan ini akan berlangsung selama sejam dan maklumat tarikh dan waktu penjualan khas ini akan diadakan tidak diberitahu secara spesifik. OnePlus hanya berkata bahawa penjualan ini akan berlaku pada bulan ini ataupun awal bulan hadapan.

Sebelum ini, syarikat ini berjanji akan memudahkan proses pemilikan OnePlus 2 berbanding proses pemilikan OnePlus One yang memerlukan jemputan daripada sesorang yang telah membeli telefon pintar ini.

Selain itu, jumlah tempahan awal bagi OnePlus 2 ini dilihat telah melebihi 5 juta unit sejak generasi kedua telefon pintar ini diumumkan bulan lalu. Kami pasti ramai yang telah membuat tempahan ini mampu memiliki telefon pintar ini

walaubagamainapun, kami masih tidak pasti samada peminat OnePlus 2 di Malaysia boleh menyertai penjualan khas ini kerana hanya Maxis merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan model ini di Malaysia secara rasmi.

sumber

Comments

comments

Share