Leagoo Elite 4 kini ditawarkan di Malaysia – RM 499

leagoo-elite-4-malaysia-price
Selepas pelancaran Leagoo Elite 5 beberapa hari lalu, kini tiba masanya Leagoo Elite 4 mula ditawarkan di pasaran Malaysia. Elite 4 yang merupakan telefon pintar kelas pertengahan dan hadir dengan sokongan 4G LTE kini sudah boleh didapati pada harga penjualan RM 499.

Leagoo Elite 4 hadir dengan reka bentuk yang premium iaitu berasaskan besi dan hadir dengan spesifikasi yang hebat antaranya adalah, skrin paparan IPS 5.0-inci daripada LG, pemproses quad-core 64-bit berkelajuan 1.0GHz, 1GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,400mAh.

leagoo-elite-4-malaysia-price-2

Selain itu, Leagoo Elite 4 juga menyokong kad microSD dan hadir dengan OS LEAGOO OS v1.1 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop. Leagoo Elite 4 juga hadir dengan 2 pembesar suara yang direka khusus untuk menawarkan kualiti panggilan yang lebih baik.

leagoo-elite-4-malaysia-price-1

Selain itu, seperti telefon pintar lain didalam siri Elite, Elite 4 juga hadir dengan ciri ‘gesture wake’ yang pengguna boleh mengakses beberapa fungsi tertentu dengan hanya membuat lukisan pada skrin paparan.

leagoo-elite-4-malaysia-price-3

Beralih kepada bahagian kamera pula, Elite 5 hadir dengan kamera utama 8MP manakala kamera selfie model ini adalah 5MP dan kedua-dua kamera ini adalah unit kamera yang dibekalkan oleh Sony.

Leagoo Elite 4 kini hadir di pasaran didalam 4 warna menarik iaitu putih, hitam, emas dan merah jambu

Comments

comments

Share