• Home »
  • Sony »
  • Sony Malaysia kini membuka pendaftaran minat bagi Xperia Z5 Compact

Sony Malaysia kini membuka pendaftaran minat bagi Xperia Z5 Compact

z5-compact

Sony Malaysia kini membuka pendaftaran minat bagi Xperia Z5 Compact

Jika Anda masih ingat, minggu lalu Sony telah mencuri tumpuan dunia dengan melancarkan tiga telefon pintar terbaru di IFA 2015 yang berlangsung minggu lalu dan kini salah satu daripada model itu bakal tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sony Mobile Malaysia kini telah membuka pendaftaran minat bagi model Xperia Z5 Compact.

Seperti yang kita sedia maklum, model compact daripada Xperia ini akan hadir dengan spesifkasi dalaman yang hampir sama dengan telefon pintar utama namun pada badan dan rangka yang lebih kompak.

Xperia Z5 Compact ini hadir dengan skrin paparan 720 4.6-inci, pemproses Snapdragon 810 dari Qualcomm, 2GB RAM dan kamera utama 23MP selain kamera selfie 5MP.

Selain itu, seperti dua lagi telefon pintar didalam siri Z5 ini, Z5 Compact juga hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68 selain bateri yang mampu bertahan sehingga 2 hari.

xperia-z5-premium-coming-soonDalam pada itu, bagi anda yang masih tertunggu-tunggu berita mengenai Xperia Z5 Premium yang merupakan telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan 4K. Sony Mobile Malaysia melalui akaun Facebook mereka telah memberikan petunjuk bahawa model ini juga akan tiba ke pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, nasib satu lagi model Xperia iaitu Xperia Z5 masih belum diketahui dan mungkin menjadi peranti terakhir yang ditawarkan di sini selepas kedua model di atas di perkenalkan.

Untuk mendaftar minat anda boleh klik di sini (https://www.facebook.com/sonymobilemy)

Comments

comments

Share