Samsung mula mengeluarkan cip 6GB RAM bagi telefon pintar

samsung 6gb dram mobile

Dengan lebih banyak telefon pintar mula memuatkan telefon pintar mereka dengan kapasiti 4GB RAM dan mungkin sudah tiba masanya era pengunaan kapasiti RAM yang lebih besar untuk bermula dan Samsung dilihat berada didalam landasan terbaik untuk melancarkan telefon pintar dengan kapasiti RAM yang lebih besar. Samsung kini sudah memulakan proses pengilangan DRAM dengan kapasti paling besar didalam industri iaitu 6GB.

DRAM 6GB Samsung ini adalah berdasarkan teknologi 20-nanometer dan RAM telefon pintar ini adalah 20% lebih efisen berbanding 8Gb LPPDDR4 yang mengunakan teknologi 20-nanometer yang sama. Selain itu, DRAM 6GB ini juga mempunyai kelajuan membaca data 30% lebih pantas iaitu pada kadar 4.2Gbps

Samsung turut berkata modul 6GB DRAM ini mempunyai ukuran dan dimensi yang sama seperti 3GB LPDDR4 sekaligus memudahkan pengeluar telefon pintar untuk menggunakanya tanpa sebarang masalah.

 

Comments

comments

Share