Apple iPhone 6s & 6s Plus dilancarkan – 3D Touch

apple-iphone-6s-6s-plus-malaysia

Apple pada sidang pelancaran awal pagi tadi telah melancarkan generasi baru telefon pintar mereka iaitu Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Apple iPhone 6s dan 6s Plus hadir dengan reka bentuk luaran yang masih sama namun chasis atau rangka kedua model ini telah diperkukuhkan dengan teknologi aluminium siri 7000 yang kebiasaanya digunakan didalam industri angkasa lepas.

apple-iphone-6s-6s-plus-3d-touch

Selain itu, kebanyakan perubahan yang dimiliki oleh 6s dan 6s Plus adalah dari segi dalaman atau secara tepatnya pada spesfikasinya. iPhone 6s dan 6s Plus hadir dengan saiz skrin paparan Retina HD yang sama iaitu 4.7-inci dan 5.5-inci namun ianya hadir dengan teknologi yang dikenali sebagai ‘3D Touch’.

Teknologi ini dilihat sangat mengagumkan dan merupakan sesuatu yang baru didalam industri telefon pintar ini. Skrin kedua-dua iPhone 6s ini mampu mengesan jumlah tekanan yang dikenakan pada skrin dan ini akan mengaktifkan beberapa pintasan dan ciri yang menarik. Anda boleh menonton video dibawah untuk penjelasan yang lebih baik mengenai teknolgi 3D Touch ini.

apple-iphone-6s-6s-plus-camera

Selain itu, selepas hampir 3 tahun mengekalkan resolusi kamera yang sama, Apple kini mula prihatin akan permintaan pengguna setia mereka. Kamera utama iPhone 6s dan 6s Plus kini hadir dengan kamera iSight 12MP yang dilihat sangat beresolusi tinggi manakala bagi penggemar selfie, ini berita yang pasti anda mahu dengan, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus kini hadir dengan teknologi kamera facetime 5MP dan tidak setakat itu, ianya turut hadir dengan flash pada skrin yang dikenali sebagai Retina Flash.

Selain itu, kamera baru ini juga membolehkan kedua model iPhone ini merakam video 4K dan satu ciri baru yang iaitu ‘Live Photos’ dimana ketika mengambil gambar, kamera ini akan merakam video dan suara 1.5 saat sebelum dan selepas anda menekan butang untuk mengambil gambar.

Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus juga hadir dengan pemproses Apple A9 yang kini mempunyai pemproses ‘Motion-co’ didalamnya dan bukanya berasingan seperti sebelum ini.

Selain itu, peranti terbaru daripada Apple ini akan memiliki sistem operasi iOS 9, pengaktifan bantuan suara dengan menyebut ‘Hey Siri’.

iPhone 6s dan iPhone 6s Plus akan ditawarkan didalam satu warna baru iaitu emas ros selain warna biasa iaitu emas, kelabu dan perak. Terdapat tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB, 64GB dan 128GB.

Tempahan bagi iPhone ini akan dimula mulai 12 September sebelum mula memasuki pasaran utama dunia pada 25 September.

Bagi pasaran Malaysia, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus mungkin dilancarkan bersama-sama syarikat telekomunikasi pada penghujung bulan Oktober ataupun selewat-lewatnya pertengahan bulan November.

Comments

comments

Share