• Home »
  • Huawei »
  • Huawei bakal melancarkan telefon pintar skrin paparan ‘edge’

Huawei bakal melancarkan telefon pintar skrin paparan ‘edge’

huawei-edge-screen-smartphone-1

Huawei yang dilihat semakin agresif didalam pasaran telefon pintar kini dilihat bakal melancarkan satu lagi telefon pintar yang dijangka akan menjadi pencabar utama kepada Samsung Galaxy S6 Edge yang merupakan telefon pintar dengan skrin paparan sisi yang melengkung. Khabar angin terbaru ini diambil dari Weibo.

skrin paparan Super AMOLED ini akan mempunyai dua sisi melengkung dengan resolusi 2560×1440 yang secara teorinya adalah skrin paparan QHD 2K. Huawei dikatakan sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan hampir 3 juta panel skrin ini setiap bulan.

Dengan jumlah pengeluaran yang tinggi ini, Huawei dilihat menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya satu juta unit telefon pintar ini setiap bulan.

Walaubagaiamanpun, masih tidak dapat dipastikan apakah ukuran skrin paparan telefon pintar utama Huawei. Model ini bukan sahaja akan menjadi telefon pintar pertama Huawei yang hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED malah ia juga merupakan telefon pintar Huawei dengan skrin paparan melengkung.

Walaupun sudah diperkatakan oleh sumber yang boleh dipercayai, prototaip telefon pintar ini masih belum kelihatan.

sumber

Comments

comments

Share