30 model telefon pintar dengan Snapdragon 820 bakal dilancarkan

qualcomm-snapdragon-820

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat banyak kata-kata generasi pemproses terbaru daripad Qualcomm iaitu Snapdragon 820. Walaupun tidak disahkan secara rasmi, Samsung dikatakan sudah mula menguji dan mengoptimasikan pemproses ini untuk model Galaxy Samsung S7 yang akan dilancarkan tahun hadapan.

Snapdragon 820 mendapat perhatian tinggi dan dijangka akan menjadi cip pemprosesan terpenting pernah dilancarkan Qualcomm terutamanya sekali selepas masalah kepanasan melampau yang dialami oleh kebanyakkan telefon pintar yang menggunakan pemproses Snapdragon 810.

Menurut satu laporan dari China, presiden Qualcomm Frank Meng telah mendedahkan bahawa banyak syarikat pengeluar telefon pintar telah menyatakan hasrat untuk menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820 ini. Meng turut mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 30 model telefon pintar yang akan menggunakan Snapdragon 820 kini berada di dalam fasa perancangan dan reka bentuk.

qualcomm-snapdragon-820-malaysia

Meng tidak mendedahkan secara spesfik akan model telefon pintar tersebut namun kami pasti kebanyakkan telefon pintar utama dari syarikat seperti Sony, HTC, LG, Xiaomi, dan ZTE yang pasti akan hadir dengan pemproses ini.

Qualcomm juga telah dilaporkan akan mula menghantar cip pemproses Snapdragon 820 ini kepada pengeluar telefon untuk tujuan pengujian mulai Oktober ini dan dari itulah lebih banyak maklumat mengenai cip ini akan diketahui.

Seperti yang didedahkan oleh Qualcomm, Snapdragon 820 akan hadir dengan GPU yang lebih baik iaitu Adreno 530GPU, cip DSP Hecagon 680 dan satu perlindungan ‘anti-malware’ dalaman. Snapdrgaon 820 dikatakan telah direka berasakan teknologi FinFet Samsung 14nm yang dikatakan mampu mengatasi masalah kepanasan yang timbul pada Snapdragon 810.

Comments

comments

Share