Leagoo Elite 5 kini mula ditawarkan di Malaysia – RM699

 

leagoo-elite-5

Leagoo Elite 5 kini mula ditawarkan di Malaysia – RM699

Leagoo Malaysia secara rasminya telah mula menawarkan satu telefon pintar kelas pertengahan yang diletakkan dibawah siri Elite iaitu Elite 5 ke pasaran tempatan mulai hari ini dengan harga penjualan RM699( termasuk GST).

Leagoo Elite 5 telah dilancarkan bersama-sama dua lagi model didalam siri Elite iaitu Elite 4 dan telefon pintar utama syarikat ini iaitu Elite 1. Pelancaran ini adalah sesuai dengan aspirasi Leagoo untuk menjadi antara syarikat telefon pintar terbaik di Malaysia.

leagoo-elite-5-02

Dari segi reka bentuk, Elite 5 mempunyai reka bentuk yang sangat premium dengan panel belakang polikarbonat selain pengunaan aloi aluminium titanium berketahanan tinggi sebagai rangka.

leagoo-elite-5-03

Dari segi dalaman pula, walaupun memiliki harga penjualan yang berpatutan, spesifikasi dalaman Eite 5 ini masih dilihat baik. Ianya hadir dengan skrin paparan IPS 5.5-inci dengan resolusi 720p, pemproses Quad-Core 64-bit MTK6735 daripada MediaTek, 2GB RAM dan memori simpanan dalaman 16GB yang boleh ditambah menggunakan slot MicroSD.

leagoo-elite-5-04

Beralih kepada bahagian kamera pula, Elite 5 hadir dengan dua unit kamera yang menggagumkan iaitu kamera utama 13MP dan kamera selfie 8MP.

leagoo-elite-5-05

Elite 5 hadir dengan OS Leagoo 1.1 yang berasakan sistem operasi Andorid 5.1 Lollipop, sokongan dwi-SIM 4G LTE, dan dilengkapi teknologi ‘Universal Infrared Remote Control’ yang berfungsi sebagai alat kawalan jauh bagi mengawal peralatan elektronik bagi hampir 20,000 produk daripada 800 syarikat elektronik seluruh dunia.

leagoo-elite-5-07

Selain itu, salah satu tarikan terbesar Leagoo Elite 5 ini adalah kapasiti baterinya, Elite 5 memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas yang membolehkan anda mengecas bateri telefon pintar anda sehingga 45% didalam masa hanya 45 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa hanya 90 minit.

leagoo-elite-5-06
Elite 5 kini ditawarkan di semua wakil pengedar sah Leagoo dengan harga penjualan RM 699 didalam tiga warna iaitu putih, hitam dan kuning.

Berdasarkan harga dan spesifikasi yang dimiliki Elite 5 ini, model ini dijangka mampu mencapai penjualan yang baik di pasaran tempatan.

Comments

comments

Share